Peraturan Gimrama 2012

UNDANG-UNDANG DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GIMRAMA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)  TAHUN 2012


1.      UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN INDIVIDU

Peraturan Pertandingan dan Peraturan Am MSSM, Undang-Undang Code of Points FIG dirujuk.


2.      ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

2.1     Pre - Junior
Pertandingan I dan II - Latihan Tanpa Alat,  Gelung, Bola, Belantan
Pertandingan III         - Latihan Tanpa Alat,  Gelung, Bola, Belantan
(acara terbuka )          - Riben


2.2     Junior
Pertandingan I dan II - Gelung, Bola, Belantan, Riben
Pertandingan III         - Gelung, Bola, Belantan, Riben
  

2.3     Senior
Pertandingan I dan II - Gelung, Bola, Belantan, Riben
Pertandingan III         - Gelung, Bola, Belantan, Riben


3.      PASUKAN

3.1     Setiap pasukan ( Acara Individu ) hendaklah terdiri daripada 3 atau 4  orang gimnas bagi setiap kumpulan umur. Jumlah bilangan gimnas setiap pasukan ialah 12 orang maksima.

3.2    Kontinjen setiap negeri terdiri daripada : -


KONTINJEN
BILANGAN
1.     Ketua Kontinjen
1
2.     Fisioterapi
1
3.     Pengerusi Teknik
1
4.     Pengurus Pasukan
1
5.     Jurulatih
4
6.     Juruhakim
2
7.     Gimnas ( Individu & Kumpulan )
27 ( Maksima )
JUMLAH
37

3.3  Peserta yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Gimrama MSSM
       mestilah lulus Gred 2 program Klasifikasi Gimrama (kategori Pre-Junior).

4.    PERTANDINGAN

4.1     Pertandingan I, II dan III akan dijalankan.  Pertandingan I dan II akan dilakukan sekali.

4.2     Pertandingan I (Acara Pasukan)

4.2.1       Jumlah latihan yang dipersembahkan oleh setiap pasukan ialah:

                             4.2.1.1        Pre - Junior
8  latihan (2 untuk setiap alatan)
                     
                             4.2.1.2        Junior
                                                8 latihan (2 untuk setiap alatan)

            4.2.1.3        Senior
                               8 latihan (2 untuk setiap alatan)  

4.2.2        Tiap-tiap alatan mesti dipersembahkan oleh dua orang gimnas sahaja.

4.2.3        Untuk menentukan Johan Pasukan, jumlah mata tertinggi yang diperolehi daripada  8 latihan akan diambilkira.


       4.3    Pertandingan II (Acara Individu Keseluruhan)

4.3.1        Untuk layak ke Pertandingan II, seorang gimnas mesti mempersembahkan sekurang-kurangnya 3 latihan dalam Pertandingan I bagi kategori Pre-Junior, Junior dan Senior.
        
4.3.2        Gimnas yang memperolehi mata tertinggi untuk 3 acara yang dipertandingkan dalam Pertandingan 1 akan diambil kira sebagai Johan Perseorangan Keseluruhan bagi kategori Pre-Junior, Junior dan Senior.


       4.4    Pertandingan III (Acara Alatan Secara Individu)
           
4.4.1         8 gimnas terbaik dalam Pertandingan 1 bagi setiap alatan layak untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan III

4.4.2     Gimnas yang memperolehi mata tertinggi dalam setiap acara dikira  
             sebagai Johan acara tersebut.


       4.5    Keperluan Teknik

                 Pre- Junior                                    -  Max. 8 ‘difficulties’
                                                                         ( Sila rujuk lampiran Pengagihan Mata)
                                                            
     Junior                                           -  Max. 10  ‘ difficulties’
                                                                         ( Sila rujuk lampiran Pengagihan Mata)
                                                                                      

     Senior                                          - Max. 12 ‘ difficulties’
                                                                        ( Sila rujuk lampiran Pengagihan Mata)
                                                            
     
                                                                           
5.    PERALATAN

       Pastikan alatan yang digunakan adalah mengikut spesifikasi FIG. Bagi kategori     
       Pre-Junior dan Junior   riben yang berukuran 5 meter panjang dibenarkan.
                         

6.      PAKAIAN GIMNAS

6.1    ‘Leotard’ atau ‘unitard’ dibenarkan.

6.2    ‘Leotard /Unitard’ yang mempunyai lambang negeri dan negara tidak dibenarkan. Hanya gimnas pelapis dan elite negara dikecualikan.


7.    MUZIK

7.1  CD sahaja  dibenarkan. Rakaman yang baik untuk pertandingan adalah     
tanggungjawab pasukan sendiri.


7.2  Setiap CD perlu dilabelkan seperti berikut:

  Nama Gimnas                       : 
               Negeri                                  :
               Kumpulan Umur                  :
               Alatan (Simbol)                    :
               Tempoh Muzik                     :


     7.3  Potongan mata akan dikenakan untuk rakaman yang tidak baik dan tidak  
            mengikut peraturan seperti dalam “FIG Code Of Points.”


8.      PENGHAKIMAN

8.1   Penghakiman adalah mengikut perubahan baru 2010 - 2012. Tiga panel (Difficulty 1&  Difficulty 2, Artistic  Value dan Execution) akan bersidang.

8.2   Panel Juruhakim akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Gimrama MSSM .

9.      BANTAHAN

Bantahan tidak dibenarkan dan keputusan hakim adalah muktamad.


10.  BORANG PENYERTAAN

10.1 Borang penyertaan dengan senarai nama pasukan yang disahkan mesti diserahkan selewat-lewatnya  SEMINGGU sebelum tarikh pertandingan. Senarai yang diterima selepas jangkamasa ini tidak akan dilayan.


10.2 Sebarang pertukaran nama gimnas selepas tarikh  penyerahan borang penyertaan  TIDAK akan dilayani kecuali dengan surat akuan doktor.

10.3  Setiap gimnas dikehendaki membawa salinan sijil lahir yang disahkan ( Pre Junior )

10.4 Bagi  (Junior) dan  (Senior), setiap gimnas dikehendaki membawa salinan Kad Pengenalan yang disahkan.

10.5 PERHATIAN: GIMNAS YANG DISENARAIKAN SEBAGAI GIMNAS    
YANG PERTAMA BAGI SESUATU ACARA AKAN DIBERI     GILIRAN PERTAMA BAGI NEGERI YANG DIWAKILINYA.

      10.6 BORANG  D1 dan D2
       
WARNA
PRE-JUNIOR
JUNIOR
SENIOR
BORANG D1(BODY)

PUTIH
KUNING
MERAH JAMBU
BORANG D2  (APPARATUS)
PUTIH
KUNING
MERAH JAMBU


11.  CABUTAN UNDI    

       Cabutan undi akan dijalankan di hadapan saksi. Semua negeri  akan diberitahu  
       berkenaan cabutan undi. Rujuk Peraturan Am (10.4)

12.  HADIAH

       Hadiah akan disediakan mengikut Peraturan Pertandingan MSSM




13.  UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN LATIHAN BERKUMPULAN

13.1 Undang-undang Code of Points FIG  dirujuk.

13.2 Acara-acara yang dipertandingkan.

13.2.1     (Pre-Junior)
 5 TALI

13.2.2     (Junior)
              5 TALI

13.2.3     (Senior)
            5 BOLA
     
       13.3  Pasukan

Setiap latihan berkumpulan terdiri daripada  5 orang gimnas dan 1 orang gimnas simpanan. Gimnas-gimnas yang bertanding dalam acara individu  dibenarkan bertanding dalam acara berkumpulan.

       13.4  Pertandingan

13.4.1    Setiap pasukan perlu membuat 2 kali persembahan (Pertandingan I dan Akhir).

13.4.2    Untuk menentukan Johan, jumlah markah yang diperolehi daripada kedua-dua pusingan diambil kira.

      13.5  Keperluan Teknik

               (Pre-Junior )


13.5.1      Sila rujuk Lampiran “ Pengagihan Mata 2012 “

13.5.2    Tempoh masa yang dihadkan adalah 1 minit 45 saat hingga 2 minit.


13.6   Keperluan Teknik

          (Junior) dan (Senior)

              13.6.1    Sila rujuk Lampiran “ Pengagihan Mata 2012 “

              13.6.2    Semua keperluan khas dalam undang-undang Code of  Points FIG   
                            Edisi  2010 - 2012 diutamakan

        13.6.3    Tempoh masa yang dihadkan adalah 2 minit 15 saat hingga 2 minit
                      30 saat


Lampiran Agihan Mata 2012