LATAR BELAKANG
Sukan Gimrama merupakan satu sukan yang amat popular di kalangan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah. Ia telah diperkenalkan kepada guru-guru sekolah di seluruh negara pada tahun 1988 melalui satu kursus kejurulatihan di Kangar, Perlis. Pertandingan Gimrama Peringkat MSSM telah dimulakan pada tahun 1987 bagi murid- murid sekolah rendah dan menengah bagi kumpulan umur 12/15/18 tahun. Kerajaan telah banyak memberi dorongan dan galakan serta bantuan dari segi moral dan kewangan untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan sukan tersebut. Melalui sukan ini ia juga dapat memupuk semangat perpaduan dan kekitaan di antara seluruh masyarakat yang berbilang kaum.
VISI
Melahirkan gimnas yang cemerlang dalam peringkat kebangsaan dan antarabangsa menjelang tahun 2015
MISI
Membangun dan melahirkan gimnas kebangsaan yang unggul dalam kejohanan kebangsaan dan antarabangsa demi membawa kecemerlangan dan kegemilangan kepada negeri dan negara.